fbpx

Konflik Palestin-Israel: Kumpul risikan jika Malaysia terima ancaman – KPN

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Razarudin ketika berucap di majlis Perbarisan Tamat Latihan PLAK Inspektor Bilangan 10 Siri 1/2023 di Pulapol Kuala Lumpur, hari ini. - Foto oleh AMIR KHALID/ KOSMO!

KUALA LUMPUR – Polis masih mengumpul risikan sekiranya Malaysia berdepan dengan ancaman mahupun ugutan berhubung pendirian dan kelantangan pemimpin negara ini membela nasib warga Palestin daripada rejim Zionis di Gaza.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, ketika ini pihaknya masih belum menerima sebarang laporan daripada mana-mana individu atau organisasi berkaitan isu ugutan daripada pihak luar berhubung perkara tersebut.

“Buat masa ini ugutan secara direct (terus) tiada tapi kita masih mengumpulkan risikan dan setakat ini semua berada pada tahap sangat baik.

“Sekarang pun, belum ada lagi (laporan), tak ada,” katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas Perbarisan Tamat Latihan Program Latihan Asas Kepolisan (PLAK) Inspektor Bilangan 10 Siri 1/2023 di Pusat Latihan Polis (Pulapol), di sini hari ini.

Terdahulu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika berucap pada Perhimpunan Malaysia Bersama Palestin bulan lalu mendedahkan beliau menerima ugutan dari negara luar berhubung tindakannya dalam menyuarakan pendirian negara yang menolak sekeras-kerasnya kezaliman tentera Israel ke atas bumi Gaza.

Menurut Anwar, selagi diberi mandat dan kepercayaan oleh rakyat, beliau selaku ketua kerajaan tidak akan tunduk dan gentar dengan sebarang ugutan.

Media sebelum ini melaporkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan mengumpul maklumat sekiranya terdapat aktiviti membabitkan ejen perisikan Mossad di negara ini ekoran timbul ugutan terhadap Perdana Menteri yang menyatakan sokongan kepada Gaza dan Palestin.

Jelas Razaruddin, pihaknya melalui pasukan risikan akan mengumpul maklumat sebanyak mungkin berkaitan perkara itu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI