fbpx

Hati Arif Aiman telah ‘dirembat’ seorang gadis?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Status InstaStory yang dimuat naik Arif Aiman semalam.

PETALING JAYA – Timbul persoalan dalam kalangan netizen tentang hubungan antara pemain sayap lincah negara, Arif Aiman Hanapi dengan seorang gadis yang dikenali sebagai Lia.hsr di laman Instagram.

Ia berikutan pemain sensasi Harimau Malaya itu telah membalas hantaran di InstaStory gadis berkenaan dengan ucapan ‘terima kasih cinta’.

Terdahulu, gadis berkenaan telah memuat naik satu hantaran di InstaStory dengan mengucapkan tahniah kepada Arif Aiman selepas Malaysia berjaya membenam Kyrgyzstan 4-3 pada aksi Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam tadi.

Walaupun tidak meledak sebarang gol ketika perlawanan tersebut, keempat-empat gol negara itu hadir menerusi gerakan pemain lincah tersebut.

Menerusi hantaran itu juga, Lia.hsr turut meninggalkan ikon ‘love’ putih dipercayai sebagai simbolik hubungan istimewa kedua-dua mereka.

Tindakan susulan pemain Johor Darul Ta’zim (JDT) itu membalas hantaran Lia.hsr itu itu juga menjadi ‘bukti’ bahawa gadis itu telah berjaya merembat hati Arif Aiman.

Sebelum ini, media pernah melaporkan bahawa Arif Aiman sedang menikmati makan malam romantis bersama seorang gadis di sebuah restoran baru-baru ini.

Dalam foto yang dimuat naik di laman Facebook JOHOR DT-Malaysia memaparkan pemain tersebut bersama seorang gadis menikmati juadah makan malam berdua di restoran berkenaan.

Gambar tersebut turut mengundang persoalan orang ramai adakah gadis berkenaan adalah wanita yang sama memuat naik gambar bersama ketika kemenangan yang diraih JDT dalam aksi final Piala FA 2022 menentang Terengganu FC (TFC) di Stadium Nasional Bukit Jalil, pada September tahun lalu.

Difahamkan gambar selfie yang dimuat naik di InstaStory itu juga turut menggunakan akaun Instagram Lia.hsr.- KOSMO! ONLIN.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI