fbpx

EPL: Manchester City catat rekod baharu di EPL

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
CITY yang berjaya menjulang gelaran trebel musim lalu menyaksikan mereka berjaya meraih keuntungan paling besar dalam sejarah pasukan di EPL. - AFP

MANCHESTER – Manchester City melakar sejarah apabila meraih keuntungan dan membuat pembayaran gaji paling tinggi dalam sejarah bola sepak England musim lalu ketika mereka berjaya merangkul gelaran trebel.

Penyandang juara Liga Perdana Inggeris itu mengumumkan jumlah revenue sebanyak £712.8 juta (RM3.64 bilion) berjaya diraih mereka dengan keuntungan bersih sebanyak £80.4 juta (RM410.88 juta) bagi akaun kewangan musim lalu.

Jumlah keuntungan berkenaan merupakan rekod baharu bagi pasukan bola sepak di England yang mana hasil diperoleh menerusi keuntungan penyiaran serta tiket perlawanan sekali gus menyaksikan City hanya kekurangan £22 juta (RM112.43 juta) berbanding Real Madrid yang dinobatkan sebagai kelab paling untung pada Julai lalu.

Kejayaan meraih gelaran trebel menyebabkan City terpaksa mengeluarkan perbelanjaan lebih besar untuk kakitangan kelab dan para pemain mereka seramai 520 orang dari aspek pembayaran bonus dan insentif sehingga mencecah £422.8 juta (RM2.16 bilion).

Perpindahan mesin gol, Erling Haaland dari Borussia Dortmund dengan pendapatan sebanyak £400,000 (RM2.04 juta) seminggu turut menyumbang kepada peningkatan jumlah pembayaran gaji City sehingga £69 juta (RM352.62 juta) sepanjang musim lalu.

Dalam pada itu, City turut mencatat peningkatan keuntungan sehingga £100 juta (RM511.04 juta) apabila mereka mencatat hasil menerusi komersial berjumlah £341 juta (RM1.74 bilion) selain penjualan pemain seperti Raheem Sterling, Gabriel Jesus, Oleksandr Zinchenko serta beberapa pemain akademi menyumbang kepada jumlah pendapatan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI