fbpx

Datang masjid konon minta bantuan, tetapi ‘rembat’ telefon muazzin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar CCTV yang memaparkan aksi suspek dipercayai mencuri sebuah telefon bimbit milik seorang muazzin.

PETALING JAYA – Tindakan seorang lelaki yang kononnya datang ke sebuah masjid untuk meminta bantuan tetapi telah mencuri sebuah telefon bimbit milik muazzin berjaya dirakam televisyen litar tertutup (CCTV).

Aksi lelaki terbabit telah dikongsi di laman Facebook Masjid Sultan Idris Shah II, Ipoh pagi tadi.

Menerusi hantaran tersebut, pihak pentadbir masjid berkenaan memaklumkan kejadian itu berlaku ketika seorang muazzin sedang bersiap untuk mengendalikan solat berjemaah zohor.

“Baru-baru ini telah berlaku satu kecurian telefon di pejabat pentadbiran kami melibatkan seorang suspek yang menyamar sebagai orang susah yang memerlukan bantuan.

“Ketika ini, staf kami yang juga muazzin bertugas sedang sibuk bersiap untuk mengendalikan solat berjemaah zohor.

“Meskipun kesuntukan masa, beliau tetap meluangkan masa untuk melayan permintaan suspek yang mempunyai niat lain ini,” katanya.

Tambah hantaran itu, suspek telah mencuri telefon sewaktu muazzin masjid itu sedang membuat salinan kad pengenalan suspek.

“Kami memohon agar mana-mana pihak yang mempunyai maklumat untuk memaklumkan kepada pihak polis bagi membantu siasatan,” ujarnya.

Bagaimanapun, tidak dinyatakan tarikh sebenar kejadian tersebut berlaku, namun sehingga kini suspek masih dicari.

Menjengah ke ruangan komen, pihak pentadbir masjid itu juga telah berkongsi salinan kad pengenalan suspek yang dikenali sebagai Shaharani Sharuddin. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI