fbpx

26 terkorban pejabat syarikat arang batu terbakar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PASUKAN bomba memadamkan kebakaran sebuah pejabat syarikat arang batu di Luliang, semalam. - Foto Twitter

BEIJING  – Sekurang-kurangnya 26 orang terbunuh dan 38 yang lain cedera selepas kebakaran besar berlaku di sebuah pejabat syarikat arang batu di bandar Luliang, wilayah Shanxi, utara China, lapor media pemerintah semalam seperti dipetik laman berita Wion News.

Dalam satu kemas kini, stesen penyiaran rasmi pemerintah,  CCTV  melaporkan bahawa kebakaran itu berlaku pada pukul 6.50 pagi (waktu tempatan) di pejabat syarikat Yongju sebelum berjaya dikawal oleh pasukan bomba.

Pada mulanya, CCTV melaporkan bahawa kebakaran itu menyebabkan 11 orang terbunuh namun, angka korban kemudian meningkat kepada 26 mangsa.

Ia juga melaporkan bahawa 63 orang berjaya dipindahkan, 51 daripada mereka dimasukkan ke hospital.

“Punca kebakaran masih dalam siasatan,” lapor CCTV. – AGENSI 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI