fbpx

Separuh hasil jualan nombor plat istimewa diguna untuk inisiatif rakyat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anthony Loke ketika sesi perbahasan di Dewan Rakyat hari ini.

KUALA LUMPUR – Separuh daripada hasil penjualan nombor plat khas kenderaan yang dikeluarkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan kerajaan bakal digunakan bagi membiayai program inisiatif rakyat.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Sew Fook berkata, perkara tersebut juga sudah mendapat kebenaran dari Kementerian Kewangan dan akan dimulakan seawal tahun depan.

“Kementerian Kewangan telah bersetuju apa sahaja inisiatif penjualan nombor pendaftaran istimewa ini, 50 peratus daripada hasil tersebut akan dikembalikan kepada Kementerian Pengangkutan untuk melaksanakan pelbagai inisiatif rakyat.

“Antara inisiatif akan diguna daripada hasil penjualan nombor pendaftaran itu adalah pemberian lesen motosikal kelas B2 untuk rakyat kumpulan B40,” katanya di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Jimmy Puah (PH-Tebrau) yang ingin tahu mengenai apakah inisiatif yang dilakukan kerajaan hasil daripada penjualan nombor plat istimewa kenderaan.

Terdahulu, sebelum ini nombor siri plat ‘Malaysia’ yang diperkenal Ogos 2018 lalu, kerajaan berjaya menjana RM13 juta hasil penjualan nombor siri tersebut.

Bagi nombor siri ‘Malaysia 1’ sahaja, kerajaan menjana RM1,111,111. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI