fbpx

RM30 juta tol percuma sempena Deepavali ditanggung kerajaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Kerajaan hari ini menjelaskan telah menanggung kos sebanyak RM30 juta selepas memberikan tol percuma selama dua hari sempena perayaan Deepavali hujung minggu lalu.

Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad berkata, kerajaan perlu menangung kos tinggi untuk menghapuskan tol di seluruh negara malah pada tahun lepas juga, kerajaan menanggung kira-kira RM435 juta disebabkan penangguhan kenaikan tol.

“Pada tahun 2022 saja, kerajaan melibatkan anggaran kira-kira RM435 juta, kerajaan menanggung kenaikan kos disebabkan penangguhan kenaikan tol.

“Untuk penstrukturan semula kadar tol perjanjian konsesi ini, rundingan adalah bergantung kepada dua pihak sama ada dari konsesi itu sendiri dengan pihak kerajaan dan akan diluluskan semestinya dari Kementerian Kewangan,” jelasnya ketika sesi soal jawab di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Ahmad Fadhli Shaari (PN – Pasir Mas) yang bertanya kos ditanggung kerajaan bagi tol percuma itu dan usaha kerajaan dalam menghapuskan tol.

Tambahnya, untuk menghapuskan tol di seluruh negera perlu ada kajian secara menyeluruh terlebih dahulu dan kerajaan bakal menanggung kos yang tinggi jika ia dilaksanakan.

“Kalau keseluruhan tol dalam negara nak dihapuskan, ia melibatkan hampir RM400 bilion kalau nak hapuskan tol ini dan penggantian kepada kos tersebut.

“Semasa Deepavali, saya rakamkan ucapan terima kasih khusus kepada Perdana Menteri, yang juga Menteri Kewangan kerana telah memberi selama dua hari tol percuma dan melibatkan kos sebanyak RM30 juta,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI