fbpx

Pencabul kanak-kanak otak gila

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

MELAMPIASKAN hawa nafsu kepada kanak-kanak kini sema­kin menjadi-jadi dengan pelakunya boleh dikatakan mempunyai otak ‘mereng’.

Bagi pencabul atau pedofil, kepuasan harus dipenuhi tanpa memikirkan keaiban atau kesulitan bakal dialami orang lain.

Natijahnya, kanak-kanak yang sepatunya dilindungi telah ­dikhianati dan ‘dikejami’. Minda dan perasaan kanak-kanak itu ‘dibuli’ dan didera sepanjang dia membesar sehingga boleh melunturkan kepercayaannya terhadap orang sekeliling.

Pencabul umpama duri dalam daging kepada masyakarat.

Mengikut laporan, Malaysia berada di kedudukan ke-23 daripada 60 negara dalam tindak balas kepada ancaman ekploitasi dan penderaan seksual kanak-kanak (CSEA) berdasarkan indeks antarabangsa Out of The Shadows dengan merekodkan and 56.9 markah.

Statistik Polis Diraja Malaysia turut menunjukkan seramai 5,350 mangsa jenayah seksual kanak-kanak telah dilaporkan dari April 2017 sehingga 2022.

Pakar Kriminologi dan Pensyarah Kanan di Fakulti Undang-undang, Universiti Malaya, Dr. Haezreena Begum Abdul Hamid tidak menolak kemungkinan perkara itu terjadi ekoran kesedaran dalam membincangkan isu itu masih rendah meskipun jenayah tersebut menjadi trend ketika ini.

Katanya, ramai beranggapan apabila hukuman contohnya Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017 yang memperuntukkan penjara sehingga 20 tahun dan sebatan membuatkan orang akan menjadi takut untuk melakukannya.

“Sebenarnya dari sudut ­kajian, tindakan itu bukan berkesan, sebaliknya yang proaktif apabila ada kesedaran. Sebab itu meskipun ada hukuman gantung, orang buat juga,” katanya.

Ujar beliau, kebanyakan pelaku adalah ahli keluarga sendiri dan daripada orang tidak kenali ini hanya minoriti.

“Masalah kita terutama orang Melayu ini adalah malu. Kita kena maklumkan, ini bukan isu malu dan maruah sebab benda ini adalah jenayah.

“Sebab itu, kadangkala kita melihat jenayah seksual terma­suk rogol dalam kalangan ahli keluarga itu berlarutan sekian lama. Apabila mangsa beritahu yang pelakunya adalah ahli keluarga atau saudara mara, mereka tidak percaya atau mangsa dikatakan membuat cerita,” katanya

Jelas beliau, amang seksual merupakan tingkah laku yang jelik dan menakutkan dengan berlaku apabila menyentuh bahagian kanak-kanak atau membuat kanak-kanak menyentuh mana-mana bahagian badan.

“Merenung atau melihat tanpa henti kepada seseorang juga adalah gangguan seksual. Buat bunyi atau mimik muka yang cende­rung terhadap aspek itu secara berulang dan berterusan juga boleh menjadi kesalahan.

“Ini boleh menimbulkan rasa tidak selesa, takut seterusnya mengganggu gugat kepada mangsa. Perkara ini jelas terdapat dalam terma gangguan seksual iaitu pelakuan yang tidak diundang,” ujarnya.

Haezreena berkata, perlin­dungan kanak-kanak masih lemah meskipun negara telah menandatangani Konvensyen mengenai Hak Kanak-Kanak.

“Kanak-kanak tidak tahu hendak buat laporan kepada siapa selain ibu bapa, ahli keluarga dan guru. Peranan rakan pen­ting dalam membantu jika terjadi sesuatu kepada mangsa.

“Kita kalau bab berkaitan seksual ini seakan menjadi tabu (sesuatu yang dilarang) dan kita tidak boleh berterusan begini,” tambahnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI