fbpx

PEH23 perkasa peranan eksekutif halal negara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Amir Hamzah (duduk, lima dari kiri) bergambar bersama peserta Persidangan Kebangsaan Eksekutif Halal 2023 di Bangi semalam.

BANGI – Kolej Uniti Port Dickson komited mendokong usaha kerajaan untuk menjadikan Malaysia sebagai peneraju global dalam ekonomi halal dengan melahirkan lebih ramai talent (bakat) halal berpengetahuan dan berwibawa.

Ketua Pegawai Eksekutif Kolej Uniti Port Dickson, Amir Hamzah Md. Isa berkata, penganjuran Persidangan Kebangsaan Eksekutif Halal 2023 (PEH23) merupakan bukti komitmen pihaknya untuk memperkasakan peranan pengamal industri halal dan memartabatkan profesion eksekutif halal dari seluruh negara.

Katanya, PEH23 yang diadakan selama dua hari di Pusat Konvesyen Bangi Avenue di sini merupakan platform perkongsian idea dan bertukar-tukar pandangan secara eksklusif melibatkan pengamal-pengamal pensijilan halal daripada pelbagai industri.

“Acara peringkat nasional ini merupakan kesinambungan kejayaan penganjuran Persidangan Kebangsaan Eksekutif Halal 2022.

“Ia terbukti telah memberi peluang kepada eksekutif halal dan pengamal industri halal mendapatkan maklumat terbaharu mengenai hala tuju serta polisi kerajaan melalui sesi perbincangan panel melibatkan pelaksana dasar, pakar pelbagai bidang berkaitan halal,” katanya selepas Majlis Penghargaan dan Jalinan Industri bersempena PEH23 di sini semalam.

Hadir pada majlis itu, Pengurus Besar Halal International Selangor (HIS Toyyiba), Muhammad Syaril Showkat Ali; Ketua Pegawai Eksekutif Halal Development Corporation Berhad (HDC), Hairol Ariffein Sahari; Pengarah Sekretariat Majlis Halal Malaysia, Marzuki Hassan dan Presiden Kumpulan Pendidikan UNITI, Datuk Jamal Mohd. Amin.

Menurut Amir Hamzah, melalui persidangan kali kedua ini, pihak penganjur berjaya menarik penyertaan lebih 200 orang eksekutif halal yang sedang berkhidmat dalam pelbagai industri termasuk dari luar negara. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI