fbpx

Bukan Firmino atau Mane tapi Mohamed Salah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SALAH muncul sebagai pemain paling kerap beraksi di bawah bimbingan Klopp termasuk mengatasi bekas rakan sepasukannya, Firmino. - AFP

LONDON – Konsistensi penyerang sensasi Liverpool, Mohamed Salah di hadapan gawang tidak dapat dinafikan amat berbisa, namun bintang antarabangsa Mesir itu muncul pemain paling kerap digunakan oleh pengurus Jurgen Klopp.

Klopp telah menjadi pengurus selama lebih daripada 22 tahun dengan mengemudi dua kelab Bundesliga iaitu Mainz serta Borussia Dortmund selain kelab Liga Perdana Inggeris (EPL), Liverpool dan bekerja dengan senarai panjang pemain.

Sepanjang tahun pengurusan, Klopp memiliki pemain-pemain berbakat untuk disenaraikan dalam kesebelasan skuadnya setiap minggu demi minggu dan Liverpool tidak terkecuali.

Bagaimanapun, memasuki musim baharu ini, penjaga gol Klopp di Dortmund, Roman Weidenfeller telah dikalahkan sebagai pemain yang paling banyak minit beraksi di bawah bimbingan jurulatih kelahiran Jerman itu.

Penghormatan itu kini milik Salah yang sudah beraksi selama 26,337 minit di bawah kendalian Klopp dan akan terus meningkat mengatasi Weidenfeller pada awal musim ini.

Ia merupakan satu pujian kepada kebolehpercayaan Salah yang disifatkan luar biasa kerana hanya terlepas tiga perlawanan akibat kecederaan atau penyakit dengan baki tidak disenaraikan dalam kesebelasan susulan Liverpool memaksanya untuk berehat.

Selepas berganjak dari kedudukan keempat ke puncak musim ini, bintang berusia 31 tahun itu akan terus melebarkan kelebihan untuk meraih minit terbanyak bermain di bawah kendalian Klopp.

Salah juga telah mengatasi catatan Roberto Firmino sebanyak 25,095 minit berikutan perpindahan pemain Brazil itu ke Arab Saudi pada musim panas, berada di belakang Neven Subotic (25,107 minit) bersama Klopp di Dortmund. – KOSMO! ONLINE

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, X (Twitter), Instagram, Youtube, & TikTok

TERKINI