fbpx

Bas, van pekerja disita, pemandu tiada lesen memandu – JPJ

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Lokman melihat kenderaan yang disita ketika sidang akhbar selepas Operasi Khas Bersepadu Kenderaan Perkhidmatan Awam (JPJ-JIM) di Putrajaya, hari ini. Foto oleh FAISOL MUSTAFA/ KOSMO!

PUTRAJAYA – Sebanyak enam kenderaan komersial termasuk bas dan van pekerja yang membawa pekerja sektor 3D (kotor, bahaya dan sukar) di Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan di sini, terpaksa disita atas pelbagai kesalahan lalu lintas.

Dalam Operasi Khas Bersepadu Kenderaan Perkhidmatan Awam oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) itu, empat daripada kenderaan komersial itu dipandu oleh pemandu warga asing.

Pengarah Penguatkuasa JPJ, Datuk Lokman Jamaan berkata, enam kenderaan itu disita di beberapa laluan masuk ke Putrajaya dari Kajang dan Puchong menerusi operasi bermula pukul 3 hingga 9 pagi tadi.

Beliau berkata, sebanyak 21 kenderaan membawa pekerja asing diperiksa dalam operasi itu membabitkan 12 buah bas dan sembilan van pekerja.

“Pemeriksaan lanjut mendapati, empat buah kenderaan itu dipandu pemandu warga asing dan kesemua mereka tiada lesen memandu sah serta lesen memandu kenderaan komersial.

“Sebanyak 32 notis dikeluarkan atas pelbagai kesalahan termasuk tiada lesen memandu, tiada perlindungan insurans dan menyalahguna kenderaan syarikat serta persendirian untuk membawa pekerja,” katanya sejurus selesai operasi khas itu, hari ini.

Katanya, sepanjang 13 hari operasi Pemandu Warga Asing (PeWA) bermula awal bulan ini, sebanyak 224,616 kenderaan komersial diperiksa di seluruh negara dan 21,327 kenderaan telah dikenakan tindakan.

Lokman berkata, sepanjang tempoh sama, sebanyak 2,665 notis kesalahan dikeluarkan kepada pemandu warga asing termasuk tiada lesen memandu yang sah. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI