fbpx

Akta 298 sedang dikaji semula -Saifuddin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Saifuddin berkata, kajian semula akta itu sedang diteliti pihaknya khususnya dari aspek hukuman.

KUALA LUMPUR – Kementerian Dalam Negeri (KDN) sedang melaksanakan kajian semula terhadap Akta Kawasan Larangan dan Tempat Larangan 1959 (Akta 298) terutamanya dari aspek hukuman.

Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, kajian semula itu perlu diberi perhatian dan sedang diteliti KDN sejak tahun lalu.

“Melangkah ke hadapan, kerajaan melihat ada keperluan untuk kaji semula Akta Kawasan Larangan dan Tempat Larangan 1959, yang belum pernah dipinda sejak 1959 lagi.

“Ada eleman yang kita perlu selia khususnya dari segi elemen punitif (hukuman),”katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita di Majlis Apresiasi Anugerah Penarafan Bintang Sasaran Penting 2023, di Pusat Pusat Konvensyen Leo Moggie, TNB Platinum Bangsar, di sini hari ini.

Sehubungan itu, KDN juga dalam usaha memperluas kuasa pelbagai agensi selain Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang diberi kuasa khusus dalam akta itu.

“Kami juga sedang memperluas kuasa agensi lain, tidak tertumpu kepada polis sahaja supaya ia lebih kemas dan dari akta ini akan lahirkan arahan pentadbiran.

“Akta ini dikaji semula sejak tahun lepas yang mana kita fokuskan elemen tambah baik adalah hukuman supaya ia lebih munasabah,”jelasnya.

Mengulas lanjut mengenai agensi tunggal sempadan (SBA) yang akan dilaksanakan pada suku tahun hadapan, Saifuddin berkata, penglibatan pelbagai agensi di sempadan bakal melancarkan sistem negara.

“Kedua, ia juga memastikan aspek koordinasi yang baik di sempadan selain mengukuhkan integriti pegawai.

“Kita berharap penubuhan agensi ini bakal melalui satu arah tuju dan keputusan yang betul,” ujarnya. -KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI