fbpx

SPRM lapor polis isu kenyataan palsu ahli Bersatu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PUTRAJAYA – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini membuat laporan polis berhubung satu hantaran aplikasi TikTok yang disifatkan sebagai tidak tepat serta menjejaskan kepercayaan orang awan kepada sistem penguatkuasaan dan perundangan negara.

SPRM dalam satu kenyataan berkata, menerusi hantaran dibuat pemilik akaun @wancin11, Ketua Badan Pimpinan Bersatu Terengganu, Datuk Razali Idris telah mengeluarkan beberapa tuduhan palsu.

Katanya, tuduhan itu dibuat dalam satu ceramah ketika majlis pelancaran jentera Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kemaman pada 10 November 2023.

“Beliau telah menyatakan bahawa jentera kerajaan, SPRM dan hakim dikawal oleh kerajaan semasa selain turut mempertikaikan keputusan Hakim Mahkamah Tinggi berhubung sabitan empat pertuduhan ke atas bekas Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

“SPRM memandang berat fitnah dan tohmahan dilemparkan kerana ia boleh menjejaskan keyakinan orang ramai terhadap sistem penguatkuasaan dan perundangan negara ini,” katanya tadi.

Jelas kenyataan itu lagi, SPRM adalah sebuah badan penguat kuasa yang diperkasakan oleh undang-undang demi melaksanakan fungsi dan peranan membanteras rasuah dengan bebas dan profesional tanpa dikawal oleh mana-mana pihak.

“Oleh itu, SPRM berharap tindakan sewajarnya dapat diambil dengan kadar segera terhadap mereka yang mengeluar dan menyebarkan fitnah dan tohmahan tersebut,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI