fbpx

Sasar RM2.5 juta duit tak patuh syariah tahun ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Abdul Aziz ( tengah) ketika melakukan gimik perasmian kempen tersebut di Shah Alam, hari ini. Foto oleh AFIQ RAZALI/ KOSMO!

SHAH ALAM – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) menyasarkan kutipan Wang Tidak Patuh Syariah (WTPS) sebanyak RM2.5 juta tahun ini.

Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), Tan Sri Abdul Aziz Mohd. Yusof berkata, setakat ini kutipan adalah sebanyak RM1.67 juta daripada 1,000 orang yang bermula awal tahun ini.

“Pada tahun lalu, sebanyak RM1.8 juta diterima daripada kira-kira 2,000 orang berbanding RM1.5 juta pada tahun 2021.

“Kita berharap mereka yang telah menyalurkan Wang Tidak Patuh Syariat untuk bertaubat nasuha dan istiqamah dalam mencari rezeki yang halal,” katanya selepas merasmikan Kempen Bulan Kesedaran Penyaluran WTPS ke Baitulmal MAIS, di sini hari ini.

Kempen tersebut bermula 15 November sehingga 13 Disember depan.

Abdul Aziz menjelaskan, WTPS atau harta tidak patuh syariah yang diperoleh daripada sumber yang haram seperti transaksi riba, hasil jualan barang curi, duit rasuah, hasil rompakan, duit loteri dan perlindungan insurans konvensional. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI