fbpx

KJ tidak setuju pendirian RUU GEG tidak berperlembagaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

SEREMBAN – Bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar tidak bersetuju dengan pendirian bahawa Rang Undang-Undang (RUU) Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2023 atau RUU Generasi Penamat (GEG) adalah tidak berperlembagaan (unconstitutional) dan tidak boleh dikuatkuasakan (unenforceable).

Beliau berkata, semasa RUU itu dibentangkan di Parlimen kali pertama dahulu, pihaknya telah diminta membuat beberapa pindaan dan dengan itu satu jawatankuasa pilihan khas Parlimen ditubuhkan dengan beliau menjadi pengerusinya.

Jelasnya, jawatankuasa itu telah menemui beberapa pihak termasuk jawatankuasa pilihan khas Parlimen berkaitan hak kanak-kanak yang dipengerusikan oleh Datuk Seri Azalina Othman Said.

“Sepanjang jawatankuasa itu melakukan kerja, tidak pernah Jabatan Peguam Negara (AGC) kata RUU ini tidak berperlembagaan.

“Tiba-tiba hari ini RUU itu jadi tidak berperlembagaan. Saya tidak faham kenapa AGC boleh mengambil pendirian yang berbeza daripada selama ini,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Pengenalan Pasukan Jelajah Negeri Sembilan 2023 di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas komen Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh menerusi hantaran di media sosial bahawa undang-undang yang tidak boleh dikuatkuasakan dan tidak berperlembagaan akan membawa kerugian berjuta-juta ringgit kepada kerajaan.

Khairy Jamaluddin memberitahu, alasan yang diberi oleh Hannah adalah lemah dan beliau tidak boleh menerimanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI