fbpx
Tee Shiau Leong, 73, menunjukkan tangkap layar rakaman CCTV yang memaparkan lelaki yang masuk ke kediamannya di Kota, di sini, semalam ketika ditemui Kosmo! hari ini. FOTO/ NOR AINNA HAMZAH/KOSMO!

Penyamun rompak rumah sambil hisap rokok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

REMBAU – Seorang pengusaha barangan lusuh serta kitar semula di Kota, di sini, mengalami kerugian lebih RM3,000 apabila rumahnya dimasuki pencuri awal pagi semalam.

Mangsa, Tee Shiau Leong, 73, berkata, kejadian itu baharu pertama kali berlaku dalam keluarga mereka sejak menetap di lokasi itu lebih 20 tahun lalu.

“Masa itu dalam pukul 5 pagi lebih saya sudah bangun, nak pergi sembahyang dekat kawasan rumah. Saya tak sangka pula, pencuri masuk pada waktu saya keluar serta terus masuk ke bilik tidur saya dan larikan beg berisi duit serta dokumen diri saya.

“Anak saya dapat lihat daripada rakaman televisyen litar tertutup (CCTV). Saya tak kenal lelaki itu yang tidak memakai sebarang penutup muka serta melakukan jenayah sambil menghisap rokok.

“Kejadian ini sudah dilaporkan oleh anak lelaki kedua saya di Balai Polis Kota dan saya harap pencuri itu dapat ditangkap,” katanya ketika ditemui Kosmo! di sini, hari ini.

Sementara itu, Pemangku Ketua Polis Daerah Rembau, Deputi Superintendan Azmi Ali berkata, polis sedang giat memburu suspek dan orang ramai yang mempunyai maklumat boleh menghubungi Bilik Gerakan IPD Rembau di talian 06-6581999.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN