fbpx
Penagih dadah menggunakan pelbagai kod rahsia untuk membeli dan mengedar bahan khayal itu. - Gambar hiasan

‘Keluarga hairan aku kata mahu beli pak husin’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Kebanyakan ibu bapa tidak mempunyai penge­tahuan tentang bahasa-bahasa jalanan dadah kecuali bagi mereka yang pernah terdedah dengan permasalahan ber­kenaan.

Bekas pengedar dadah yang mahu dikenali Jib, 44, berkata, dia sendiri mengunakan ‘kod rahsia’ dadah tersebut di depan keluarga semasa mula berjinak dengan dadah.

“Aku mula terjebak hisap dadah selepas habis sekolah dan kemudian jadi pengedar. Masa itu aku guna ‘kod rahsia’ dadah depan keluarga, mereka tidak tahu pun.

“Selepas mereka lihat perubahan pada sikap aku, masa tidur aku yang tidak menentu baru mereka mengesyaki aku terlibat dengan dadah,” katanya kepada Kosmo! baru-baru ini.

Ajib yang dibebaskan dari penjara pada 2020 selepas menjalani hukuman penjara selama tujuh tahun dan 11 sebatan berkata, tujuan bahasa jalanan dadah diwujudkan untuk mengelak dihidu pihak berkuasa.

Menurutnya, bahasa-bahasa dadah tersebut juga sebagai satu ‘identiti’ untuk mengesahkan bahawa mereka adalah pengedar atau penagih dadah ketika berurusan sesama mereka.

“Kalau kita masuk satu-satu kawasan mahu beli atau jual dadah, kena tahu istilah yang mereka guna. Kebiasaannya aku guna ‘contact’ yang akan bawa aku masuk masa mahu jual atau beli sebab mereka yang tahu bahasa dadah di kawasan itu,” katanya.

Bekas banduan di beberapa buah penjara itu menerangkan, bagaimanapun terdapat beberapa bahasa-bahasa jalanan dadah yang amat diketahui dalam kalangan pengedar atau penagih dadah secara meluas.

Dia yang kini telah berubah dan insaf atas kesalahan lalu berkata, antaranya sejuk, batu, ice, kristal dan kuda bagi syabu, manakala bagi ganja seperti hijau, dam dan sayur dan bagi erimin 5 adalah naga merah dan pacai.

“Memang bagus kalau ibu bapa ada pengetahuan tentang ‘kod rahsia’ dadah ini sekurang-kurangnya boleh pantau anak-anak termasuk yang masih bersekolah,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN