fbpx

Identiti tiga mangsa rentung dikenal pasti

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TIGA individu rentung apabila kereta dinaiki mereka terbakar selepas melanggar sebuah lori sampah dalam kejadian di kawasan perindustrian Bercham, Ipoh semalam. - Foto JBPM

IPOH – Identiti tiga individu yang rentung selepas kereta dinaiki mereka terbabit kemalangan dengan sebuah lori sampah dan terbakar di Jalan Bercham di sini semalam sudah dikenal pasti.

Mangsa dikenali sebagai M. Krishna, 20, yang memandu kereta jenis Proton Perdana bersama adik lelakinya, Pavilesh, 16, dan sepupu mereka N. K. Subash Varman, 16.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Yahaya Hassan berkata, kejadian berlaku apabila kereta dinaiki tiga lelaki yang datang dari arah Tanjung Rambutan itu hilang kawalan di laluan selekoh sebelum bertembung dengan lori sampah dari arah bertentangan.

Katanya, pelanggaran itu menyebabkan kereta tersebut tersepit di bawah lori sampah lalu terbakar.

“Dalam kejadian itu, pemandu kereta dan dua penumpang iaitu adik lelaki dan sepupunya meninggal dunia di lokasi kejadian. Pemandu lori sampah dan empat orang kelindan tidak mengalami kecederaan,” katanya di sini hari ini.

Menurut beliau, mayat kesemua mangsa dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) untuk bedah siasat dan pengecaman oleh ahli keluarga.

Katanya, siasatan lanjut kes itu sedang dijalankan di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat atau menyaksikan kejadian itu diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi Ketua Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh, Deputi Superintendan Koo Boon Kuat di talian 016-4173222,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI