fbpx

Lelaki ancam tetak leher kekasih depan isteri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Suspek mengacukan pisau pada leher kekasihnya. – Agensi

SINGAPURA – Seorang lelaki di Singapura mengancam teman wanitanya dengan mengacukan pisau pada leher mangsa di hadapan isterinya kerana berang tidak diendahkan, lapor portal berita Mothership kelmarin.

Muhammad Anuar Aman, 37, dilaporkan bertindak demikian bagi memberi pengajaran kepada mangsa kerana berkelakuan biadab terhadap dirinya.

Isterinya yang juga berada di rumah ketika itu cuba meleraikan pertengkaran mereka dengan menolak suaminya.

Kejadian  berlaku pada 10 Oktober lalu apabila mangsa dikatakan tidak mengendahkan suspek yang ketika itu bercakap dengannya.

Dia menampar muka mangsa sebelum pergi ke dapur lalu mengambil pisau pencincang sepanjang 28 sentimeter.

Suspek kemudian mengacukan senjata tajam itu pada leher mangsa serta mengugut untuk menetak lehernya.

Isteri suspek berjaya menyelamatkan situasi tegang itu dengan menolak suaminya sebelum lelaki itu bertindak keluar dari rumah.

Suspek ditangkap dua hari kemudian selepas mangsa memberitahu insiden itu kepada seorang pekerja sosial.

Suspek dibicarakan pada 10 November lalu secara online menerusi pautan video dari rumahnya. Dia  merayu agar hukuman diringankan dan mendakwa bahawa dia akan menyesal seumur hidup serta berjanji tidak akan mengulangi perbuatan serupa.

Pihak pendakwaan memohon hukuman penjara antara tujuh hingga sembilan minggu dengan menekankan mengenai penggunaan senjata serta pengakuan bersalah suspek.

Bagi ugutan jenayah, suspek boleh dipenjara sehingga dua tahun, denda atau kedua-duanya sekali. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI