fbpx

[VIDEO] Sembilan gerai makan di Dataran Teluk Kemang terbakar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sembilan buah gerai makan di hadapan Dataran Teluk Kemang, di sini, terbakar dalam kejadian lewat petang tadi. -IHSAN BOMBA

PORT DICKSON – Sembilan buah gerai makan di hadapan Dataran Teluk Kemang, di sini, terbakar dalam kejadian malam tadi.

Komander Operasi, Pegawai Kanan Penguasa Bomba Kanan Mohd Kamal Mohd Timar berkata, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Teluk Kemang dengan kekuatan sebuah jentera dikejarkan ke lokasi sebaik menerima panggilan pada pukul 7.16 malam.

Operasi pemadaman turut disertai anggota dari balai bantuan BBP Port Dickson dengan kekuatan sebuah jentera FRT dan EMRS serta BBP Seremban.

“Kebakaran melibatkan empat lot gerai yang musnah 100 peratus. Lima gerai lagi terbakar 25 peratus.

“Sehingga pukul 10.51 malam ini, kerja-kerja overhaul sedang dilakukan oleh anggota bomba dan tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian kebakaran ini,” katanya hari ini.

Punca dan jumlah kerugian masih dalam siasatan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI