fbpx

[VIDEO] Lari atas bumbung flat elak dicekup polis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Suspek yang memanjat bumbung di Flat Seksyen 20 Shah Alam, semalam.

SHAH ALAM – Cubaan seorang suspek kes pecah rumah mahu meloloskan diri dengan memanjat bumbung Flat Seksyen 20 di sini, gagal apabila dicekup pihak berkuasa semalam.

Tindakan nekad lelaki itu mencetuskan gempar kepada penduduk setempat sebelum berjaya ditahan pukul 12.03 tengah malam.

Kejadian tersebut juga tular di laman sosial menerusi video berdurasi dua minit 10 saat.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd. Iqbal Ibrahim berkata, serbuan itu dilakukan bagi membantu siasatan berhubung kes pecah rumah di sekitar daerah ini.

Katanya, suspek lelaki itu bagaimanapun cuba melarikan diri dengan memanjat bumbung flat tersebut.

“Namun, dia berjaya ditahan bersama tiga lelaki dan seorang wanita Thailand berusia 24 hingga 37 tahun dengan bantuan pasukan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Shah Alam. Tiada kecederaan dilaporkan dan semua suspek dibawa ke balai polis bagi tindakan lanjut,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Mohd. Iqbal menambah, pihaknya turut merampas pelbagai jenis barangan hasil pecah rumah selain peralatan dan dadah.

“Kesemua suspek juga positif dadah selain turut mempunyai rekod jenayah lampau termasuk dadah. Siasatan mendapati mereka terlibat dalam tiga kes pecah rumah di Shah Alam sejak awal tahun ini,” katanya.

Beliau menjelaskan kesemua suspek direman selama lima hari sehingga 15 November ini bagi membantu siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI