fbpx

Zaman ‘puberty’ Alif Satar bikin pecah perut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PERBEZAAN penampilan Alif Satar sewaktu remaja dan terkini mencuri perhatian netizen.

KATA orang, impak akil baligh (fasa matang) berbeza buat semua individu yang melaluinya.

Begitu juga halnya apabila foto Alif Satar yang diambil sekitar 2006 kembali tular dalam media sosial dan dibandingkan dengan penampilannya hari ini.

Difahamkan, foto tersebut diambil ketika Alif menyertai pertandingan One In Million pada usia 16 tahun.

“Lepas tengok Alif Satar, aku masih ada harapan lagi,” seloroh seorang individu dalam aplikasi X dengan memuat naik dua keping foto Alif iaitu ketika usia 16 tahun dan wajahnya ketika ini.

Sedar dengan perkara tersebut, Alif mengulang siar hantaran tersebut dalam Instagramnya dan mengatakan fasa akil baligh beri impak besar buat dirinya.

“Sampai hati anda semua gelakkan saya. ‘Puberty’ (akil baligh) tinggalkan kesan hebat pada saya,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI