fbpx

Trafik sesak 14km di Karak 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar aliran trafik tinggi di Kilometer 21.6 Lebuh Raya Kuala Lumpur-Karak, Gombak, pagi ini.

KUALA LUMPUR – Trafik sesak kira-kira 14 kilometer (km) dilaporkan berlaku di Lebuh Raya Kuala Lumpur-Karak (KLK) berikutan pertambahan kenderaan, pagi tadi.

Ia susulan ramai yang mengambil kesempatan pulang ke kampung halaman atau bercuti sempena perayaan Deepavali esok.

Menurut laporan di laman rasmi Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) di aplikasi X, keadaan trafik perlahan sebelum Plaza Tol Gombak, menghala arah Timur bermula dari km 23.5, sekitar pukul 9.11 pagi.

Sementara itu, turut dilaporkan aliran trafik perlahan di Lebuh Raya Utara-Selatan (PLUS-E2) iaitu dari arah Bangi ke Nilai dan Seremban ke Senawang.

“Lebuh Raya Utara-Selatan Hubungan Tengah (ELITE) juga mencatat aliran trafik perlahan dari Bandar Serenia ke Nilai dan Putrajaya ke Bandar Gamuda Cove.

“Aliran trafik perlahan di Lebuh Raya Utara-Selatan (PLUS-E1) arah utara iaitu Ipoh Utara ke kawasan rehat dan rawat (RnR) Sungai Perak, Slim River ke Sungkai dan Tapah ke Gopeng,” katanya.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat trafik terkini menerusi talian bebas tol Plusline 1800-88-0000 dan laman Twitter di http://www.twitter.com/plustrafik atau talian LLM di 1800-887752 serta laman X di http://www.twitter.com/LLMtrafik. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI