fbpx

PRK Kemaman: Pas pilih calon esok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Muhammad Sanusi (kiri) sewaktu melancarkan Jentera PN PRK Kemaman malam tadi.

KEMAMAN – Calon Pas bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Kemaman akan ditentukan akan mesyuarat khas yang akan diadakan esok.

Pengarah Pilihanraya Pas Pusat, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor berkata, mesyuarat tersebut akan diadakan di Pejabat Pas Pusat, Kuala Lumpur.

“Mesyuarat Pas Pusat akan diadakan pada 12 November ini (esok) untuk menentukan calon yang bakal dipilih bertanding di (PRK) Kemaman.

“Kita hanya akan mengumumkan calon tersebut pada Khamis depan di Chukai di sini,” katanya selepas melancarkan jentera Perikatan Nasional (PN) PRK Kemaman di sini malam tadi.

Dalam perkembangan sama, Muhammad Sanusi yakin Pas mampu mempertahankan kerusi Parlimen Kemaman dengan majoriti lebih besar sehingga 30,000 undi.

Tambah beliau, jentera PN telah bersedia sepenuhnya untuk menghadapi PRK tersebut.

“Kita bersedia sepenuhnya untuk bekerja keras pada PRK (Kemaman) ini dan hanya tunggu gendang dipalu sahaja,” katanya.

Kosmo! 27 September lalu melaporkan Mahkamah Pilihan Raya Terengganu membatalkan kemenangan calon Pas, Che Alias Hamid di kerusi Parlimen Kemaman pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) ekoran wujud unsur sogokan dilakukan parti itu sewaktu berkempen.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah menetapkan hari penamaan calon PRK Kemaman pada 18 November ini sebelum pengundian pada 2 Disember ini.

Pada PRU15, Che Alias memenangi kerusi Parlimen Kemaman dengan majoriti 27,179 undi dengan menewaskan tiga calon lain iaitu Datuk Seri Ahmad Said (Barisan Nasional), Hasuni Sudin (Pakatan Harapan) dan Rosli Ab. Ghani (Parti Pejuang Tanah Air). – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

RSS Error: A feed could not be found at `https://www.relevan.com.my/feed`; the status code is `404` and content-type is `text/html; charset=iso-8859-1`