fbpx

Peruntukan RM725.7 juta atasi banjir di Dengkil hingga Labohan Dagang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Nik Nazmi bercakap kepada pemberita ketika ditemui di Rumah Pam Kampung Sri Tanjung hari ini. - Foto oleh FAIZ ALIF ZUBIR / KOSMO!

DENGKIL – Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim mengumumkan peruntukan berjumlah RM725.7 juta bagi melaksanakan dua projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB) di daerah ini.

Projek itu dijangka dapat menyelesaikan isu banjir di kawasan Pekan Dengkil sehingga ke Labohan Dagang yang kerap berlaku sejak akhir-akhir ini.

Menterinya, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, dianggarkan seramai 120,000 penduduk dapat dilindungi daripada impak bencana banjir menerusi pelaksanaan Projek RTB Sungai Langat Fasa 1 dan Projek RTB Sungai Langat Fasa 2.

Beliau berkata, kedua-dua projek itu adalah rancangan jangka panjang kementerian menerusi Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS).

“Pada masa ini, Projek RTB Sungai Langat Fasa 1 sedang di dalam proses pengambilan tanah dan dijangka siap pada 2027, manakala Projek RTB Sungai Langat Fasa 2 pula dijangka bermula pada Januari 2024 dan siap sepenuhnya menjelang 2030.

“Kedua-dua projek itu dilaksanakan di bawah Tebatan Banjir Berkeutamaan Tinggi (TBBT),” katanya ketika ditemui selepas melawat Rumah Pam Kampung Sri Tanjung dan meninjau rumah penduduk yang terkesan akibat banjir di sini tadi.

Katanya, bagi tindakan jangka pendek pula, kekerapan penyelenggaraan sistem saliran di lawasan tersebut telah ditingkatkan oleh pihak berkaitan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI