fbpx

Perhilitan siasat punca sebenar lelaki Indonesia maut dibaham harimau

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota penyelamat mengangkat mayat mangsa yang ditemui kawasan kebun getah Kuala Wok, Pos Pasik di Gua Musang semalam.

GUA MUSANG – Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Kelantan sedang menjalankan siasatan untuk mengetahui punca sebenar kejadian seorang warga Indonesia maut dipercayai diserang harimau belang di kebun getah di Kuala Wok, Pos Pasik di sini semalam.

Pengarahnya, Mohamad Hafid Rohani berkata, siasatan di lokasi kejadian akan dilakukan oleh anggota Jabatan Perhilitan yang terlibat dalam pasukan mencari dan menyelamat (SAR) bagi menentukan sebab dan punca kematian sebenar.

Katanya, selepas menerima maklumat dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gua Musang pada pukul 10 pagi semalam, anggota Perhilitan bersama pasukan SAR telah bergerak ke lokasi kejadian.

“Jarak antara bandar Gua Musang dengan kawasan ladang berkenaan sejauh lebih kurang 55 kilometer. Perjalanan mengambil masa selama satu hingga dua jam untuk sampai ke lokasi dan ia bergantung kepada keadaan cuaca.

“Akses masuk ke kawasan itu hanya boleh menggunakan kenderaan kenderaan pacuan empat roda melalui jalan ladang,” katanya ketika dihubungi pemberita hari ini.

Mohamad Hafid memberitahu, sebelum ini, satu kes kecederaan dan dua kematian melibatkan masyarakat Orang Asli akibat diserang harimau belang di negeri ini.

Terdahulu, mayat seorang lelaki warga Indonesia dijumpai dalam keadaan mengerikan dengan keadaan anggota tubuh badannya tidak sempurna selepas dipercayai dibaham harimau di kawasan kebun getah di sini, semalam.

Mangsa, Lalu Sukarya Yahya, 42, ditemui oleh seorang lelaki yang sedang dalam perjalanan ke tempat kerjanya di Pos Pasik di sini.

Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Sik Choon Foo berkata, anggota penyelamat menemui cebisan kaki mangsa di kawasan cerun lebih kurang 500 meter dari lokasi anggota SAR dijalankan.

Katanya, cebisan badan dan sebahagian kaki mangsa kemudiannya ditemui kira-kira 300 meter dari kawasan penemuan pertama. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI