fbpx

Pasangan maut kemalangan dirempuh remaja 16 tahun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan motosikal yang ditunggang mangsa dipercayai jenis Yamaha NVX selepas terlibat kemalangan di Jambatan Pulau Pinang, awal pagi semalam.

SEBERANG PERAI – Polis mengesahkan kes kemalangan sehingga menyebabkan seorang pemuda dan bakal tunangannya maut di Kilometer 1.9 Jambatan Pulau Pinang, menghala ke Perai, awal pagi tadi berlaku akibat pelanggaran sebuah kereta yang dipandu remaja berusia 16 tahun.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Tan Cheng San berkata, dalam kejadian kira-kira pukul 2.30 pagi itu, kereta yang dipandu remaja tempatan terbabit dari arah pulau menuju ke Perai disyaki telah melanggar belakang sebuah lori.

“Kejadian itu menyebabkan pemandu motokar terbabit hilang kawalan dan melanggar motosikal yang dinaiki seorang penunggang lelaki tempatan dan pembonceng perempuan tempatan yang masing-masing berusia dalam lingkungan awal 20-an.

“Akibat pelanggaran tersebut, kedua-duanya telah meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya dalam satu kenyataan di sini, sebentar tadi.

Cheng San berkata, mayat mangsa kemudian dihantar ke Unit Forensik di Hospital Seberang Jaya (HSJ) untuk dibedah siasat.

“Pemandu kereta terbabit yang mengalami kecederaan ringan telah ditahan reman selama sehari oleh Mahkamah Majistret Bukit Mertajam bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” jelas beliau.

“Sebarang maklumat boleh disalurkan kepada mana-mana balai polis berhampiran atau berhubung terus dengan Pegawai Penyiasat Trafik, Inspektor Muhammad Abd Razak di talian 013-4774542 atau 04-5382222,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI