fbpx

Orang lain mengidam, orang lain dapat stik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar yang dimuat naik di aplikasi X.

PETALING JAYA – Niat baik seorang wanita membantu ibu mengandung yang mengidam stik, berhujung penyesalan selepas mengetahui dirinya di scam individu lain.

Menurut @rainbowuniqat di aplikasi X, dia terdetik untuk membantu ibu mengandung itu setelah membaca luahan tanpa nama menerusi ciapan milik @meinmokhtar.

“Yang NGL meinmokhtar tu orang lain. Astaghfirullah. Kesian confessor kena fitnah sebab ada orang ambil kesempatan,”ciapnya kecewa.

Sehubungan itu, dia turut menularkan gambar serta perbualan antara scammer yang mengaku sebagai ibu mengandung berkenaan.

“Syok ke dapat duit banyak DM orang cakap mengidam nak makan stik? Awak pergi ‘refund’ balik duit semua orang.

“Seronoknya hidup jadi scammer. Saya tolong sebab pernah merasa susah dan pernah mengandung,”tulisnya.

Menjengah ke ruangan komen ciapan berkenaan, ramai turut berkongsi pengalaman ditipu dengan individu sama sejak luahan itu dimuat naik.

Seolah takut dengan kuasa tular, scammer wanita itu juga difahamkan telah menghantar mesej kepadanya agar menurunkan ciapan bahkan berjanji akan memulangkan kesemua wang diperoleh.

“Tolong bagi saya peluang tebus kesalahan dan bagi nombor akaun untuk saya ganti semula. Tolonglah turunkan tweet, saya dah menyesal,” kata scammer wanita itu. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI