fbpx

Monsun Timur Laut bawa banjir di Pantai Timur

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Pakar meteorologi menjangkakan fenomena Monsun Timur Laut (MTL) akan membawa kejadian banjir lebih tinggi di kawasan Pantai Timur berbanding Pantai Barat bermula hari ini.

Penyelidik Meteorologi Fakulti Sains dan Sekitaran Sains, Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Dr. Chung Jing Xiang berkata, ia berbeza dalam kejadian MTL yang berlaku pada 2021.

Katanya, ketika ini Pantai Timur menerima kesan secara langsung daripada luruhan sejuk dari utara.

“Seterusnya, sistem tekanan rendah pula membentuk taburan hujan yang tinggi di kepulauan Borneo. Pada 2021, keadaan agak unik kerana tekanan rendah bergerak ke aras Semenanjung dan menembusi daratan ke Selat Melaka.

“Oleh itu ia telah menyebabkan hujan lebat dan banjir besar di Hulu Langat, Shah Alam dan Sepang pada tahun itu,” katanya kepada Kosmo!.

Menurut Jing Xiang, biasanya sistem tekanan rendah itu berada di Borneo sahaja, namun amat jarang tembus ke daratan Semenanjung.

Tambahnya, kejadian itu bukannya asing kerana pernah berlaku pada 2001 dikenali sebagai Taufan Vamei tetapi kesannya terdapat di Semenanjung.

“Banjir kilat di Bangi baru-baru ini ialah disebabkan oleh musim perantaraan monsun yang mengaktifkan ribut petir dan hujan terutama petang hingga malam,” katanya.

Ujar Jing Xiang, iklim sedang beralih daripada Monsun Barat Daya ke MTL yang menyebabkan Pantai Barat kerap dilanda hujan yang mengakibatkan banjir kilat. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI