fbpx

Lelaki Indonesia dijel, 23 tahun guna MyPR palsu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Suardi (kiri) ketika dibawa ke Mahkamah Sesyen Balik Pulau, pagi tadi. -Foto oleh IQBAL HAMDAN/KOSMO!

BALIK PULAU – Seorang buruh binaan warga Indonesia dipenjara 10 bulan dan dikenakan denda RM10,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini, hari ini selepas mengaku bersalah atas pertuduhan memiliki dan menggunakan kad pengenalan pemastautin tetap (MyPR) palsu, Rabu lalu.

Suardi, 49, turut diperintah dipenjara 12 bulan jika gagal membayar denda berkenaan.

Difahamkan, Suardi menggunakan kad MyPR palsu itu sejak 2000 serta dia memperoleh kad berkenaan daripada sindiket di Kuala Lumpur.

Dia yang tinggal di negara ini sejak 1996 dikenakan hukuman itu selepas mengaku bersalah di hadapan Hakim, Ahzal Fariz Ahmad Khairuddin.

Mengikut pertuduhan, Suardi didakwa dengan sengaja memiliki dan menggunakan kad pengenalan pemastautin tetap (MyPR) palsu nombor kad pengenalan 590422-71-5333 atas nama Mat Nasan Dimar sebagai kepunyaannya.

Suardi didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah kilang di Bayan Lepas, kira-kira pukul 8.30 pagi hingga 2 petang, pada 8 November lalu.i.

Ketika prosiding, Mohd Samsul memohon mahkamah mengenakan hukuman yang berat kepada tertuduh kerana ia merupakan satu kesalahan berat yang mengugat keselamatan awam dan negara.

“Tertuduh menggunakan kad MyPR palsu ini sejak 2000 yang dibeli di Kuala Lumpur untuk mendapatkan kad perakuan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB).

“Pasport tertuduh tamat tempoh pada Oktober tahun depan. Bagaimanapun, tertuduh telah memperolehi pasport Indonesia yang akan tamat pada 2033 selepas dia menjalani program Rekalibrasi Tenaga Kerja Jabatan Imigresen,” katanya.

Dalam rayuannya, tertuduh memohon mahkamah untuk meringankan hukuman kerana dia berpendapatan sekitar RM2,000 sebulan serta mempunyai tanggungan iaitu seorang isteri dan empat orang anak.

Hakim Ahzal Fariz kemudian menetapkan tertuduh dikenakan hukuman penjara 10 bulan dan denda RM10,000.

Sekiranya tertuduh gagal membayar denda berkenaan, dia perlu menjalani hukuman penjara selama 12 bulan. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI