fbpx

You touch, you go! – Asyraf Wajdi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Asyraf Wajdi.

PETALING JAYA – Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara), Datuk Asyraf Wajdi Dusuki menegaskan, pihaknya bakal mengambil tindakan tegas sekiranya terdapat kes buli berlaku dalam kalangan pelajar di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM).

Beliau menerusi satu hantaran di Facebooknya berkata, pihaknya tidak akan sesekali berkompromi dengan mana-mana pihak terlibat, tanpa mengira status serta darjat pelaku.

“Maaf, MARA tidak akan sesekali berkompromi dengan apa jua bentuk kes buli di MRSM, jauh sekali untuk menutup sebarang perilaku curang.

“Biarlah anak VIP atau VVVIP mana sekalipun, ‘you touch you go’ (awak sentuh, awak pergi)!,”tegasnya dalam hantaran terbabit.

Hantaran itu dikeluarkan sebagai amaran kepada golongan pembuli di MRSM selepas tular insiden buli di sebuah sekolah berasrama.

Terdahulu Kementerian Pendidikan (KPM) dalam kenyataan semalam, turut menegaskan tidak akan berkompromi dengan perbuatan buli dan gangguan seksual di semua institusi pendidikan di bawah kelolaannya.

Pihaknya mengambil perhatian laporan media mengenai kes buli di sebuah sekolah berasrama penuh yang tular.

Jelasnya, salah laku buli dan gangguan seksual adalah salah laku berat dan tidak boleh dipandang ringan oleh semua pihak. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI