fbpx

Penternak kambing didakwa cabul anak tiri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang penternak kambing didakwa di Mahkamah Majistret Muar, hari ini atas kesalahan mencabul kehormatan anak tirinya yang berusia 19 tahun, Mac lalu.

MUAR – Seorang penternak kambing didakwa di Mahkamah Majistret Muar, hari ini atas pertuduhan mencabul kehormatan anak tirinya, hujung Mac lalu.

Tertuduh yang berusia 35 tahun itu bagaimanapun membuat pengakuan tidak bersalah sejurus pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Fatin Dalilah Khalid.

Mengikut kertas pertuduhan, lelaki itu dituduh mencabul kehormatan anak tirinya yang berusia 19 tahun dengan memegang dada mangsa.

Perbuatan jelik penternak itu didakwa dilakukan di sebuah rumah di daerah ini pada pukul 8 pagi, 31 Mac lalu.

Pendakwaan dikemukakan mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang boleh membawa hukuman penjara selama 10 tahun, atau denda, atau sebatan atau mana-mana dua daripada hukuman tersebut, jika sabit kesalahan.

Tertuduh telah berkahwin dengan ibu tunggal yang mempunyai dua orang anak tiri berusia 19 dan 13 tahun.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, Mohammad Arif Marzuki yang mengendalikan kes mencadangkan wang jaminan RM10,000 dengan syarat tambahan, tertuduh tidak tinggal bersama dengan mangsa.

Peguam bela yang mewakili Muhammad Khalil, Tee Sing Ran memohon mengurangkan wang jaminan kerana tidak mempunyai pendapatan tetap selain menyara keluarga dan mempunyai anak berusia 13 tahun.

Fatin Dalilah kemudiannya menetapkan wang jaminan RM7,000 dengan seorang penjamin, selain mengarahkan tertuduh untuk melaporkan diri setiap 9 hari bulan di balai polis berdekatan sehingga kes selesai.

Mahkamah turut mengarahkan tertuduh tidak mengganggu mangsa serta menetapkan 12 Disember depan sebagai sebutan semula kes serta lantikan peguam. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI