fbpx

Banjir: Beri kerjasama atau boleh dikenakan tindakan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hussein. Foto oleh AFIQ RAZALI/KOSMO!

SHAH ALAM – Masyarakat disarankan memberikan kerjasama kepada pihak berkuasa untuk berpindah sekiranya diarahkan terutama ketika waktu banjir ini.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, ada peruntukan membolehkan tindakan boleh dikenakan kepada mereka yang ingkar arahan atau menghalang penjawat awam menjalankan tugas.

“Tetapi pada peringkat ini, kita masih berdiplomasi sebab mereka adalah mangsa. Kita berusaha menggunakan ‘soft approach’ dengan budi bicara untuk berpindah.

“Ini kerana apabila keadaan menjadi teruk akan menyukarkan lagi operasi menyelamat dan memindahkan mangsa,” katanya pada sidang akhbar di Mess Pegawai Kanan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor, di sini hari ini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas tindakan boleh dikenakan terhadap mana-mana pihak yang degil berpindah seperti pernah berlaku semasa banjir besar di Selangor pada 2021.

Hussein menegaskan, pihak memberikan jaminan melakukan rondaan berkala di kawasan terjejas banjir bagi mengelakkan mana-mana pihak mengambil kesempatan dalam bencana banjir ini.

Ujarnya, setakat ini tiada kes melibatkan pecah rumah terhadap mana-mana rumah mangsa banjir.

“Masuk musim tengkujuh ini, penduduk sudah tahu terutama yang tinggal kawasan hotspot untuk bersedia termasuk dalam membawa dokumen penting atau barang kemas atau wang tunai,” katanya.

Mengulas lanjut, beliau berkata, kira-kira 200 anggota dan pegawai polis di peringkat daerah terjejas iaitu Hulu Langat, Sepang dan Kuala Langat.

“Setakat ini, sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) untuk di Subang ( Dewan Camelia Putra Height) telah ditutup,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI