fbpx

12 bersaudara tawan Gunung Kinabalu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Semua peserta pendakian terdiri daripada wanita kecuali seorang sahaja lelaki.

SEBAGAI anak Sabah, sudah pasti mendaki Gunung Kinabalu merupakan satu impian yang sudah lama saya pendam.

Siapa sangka, saya berjaya melakukan hal tersebut pada Mac lalu bersama 12 saudara saya.

Sebagai persediaan awal, kami melengkapkan semua dokumen pendaftaran untuk mendaki gunung tertinggi di Malaysia itu enam bulan lebih awal.

Disebabkan kakak saya berpengalaman mendaki gunung ini, segala persediaan telah diselesaikan olehnya.

Pada hari pendakian, kami bergerak dari Ning’s Homestay Kundasang seawal pukul 7 pagi untuk ke kawasan tapak Gunung Kinabalu.

Kami diberikan taklimat daripada malim gunung berkenaan langkah keselamatan sepanjang pendakian.

Tepat pukul 8 pagi, kami memulakan pendakian dari Pondok Timpohon menuju ke Pondok Kandis.

Jujur, saya sudah rasa kepenatan dan mula rasa mual kerana pada pagi itu saya hanya makan sekeping roti.

Saya sapu minyak angin dan makan gula-gula untuk hilangkan rasa mual.

Nasihat saya, makanlah sarapan sebelum mendaki, walaupun tidak suka makan pagi.

Terdetik di hati saya untuk patah balik ke bawah kerana perjalanan ke puncak masih jauh.

Saya juga tidak yakin mampu menghabiskan ekspedisi ini.

PENULIS tidak melepaskan peluang bergambar di puncak ikonik Gunung Kinabalu.

Namun, atas sokongan dan dorongan semua saudara, saya kuatkan juga semangat untuk teruskan pendakian.

Di atas gunung ini, ada tujuh checkpoint secara keseluruhan iaitu Pondok Ubah, Pondok Lowii, Pondok Mempening, Pondok Layang-Layang, Pondok Villosa dan Pondok Paka.

Di setiap pondok ada disediakan kemudahan tandas, air paip dan tong sampah, tetapi malim tidak membenarkan kami rehat terlalu lama.

Cukup lima minit, kami perlu terus bergerak agar kesejukan Gunung Kinabalu tidak menghabiskan tenaga kami.

Kami tiba di Laban Rata pada pukul 3 petang, sebelum bermalam di situ.

Bagi mengatasi rasa sejuk pada waktu malam di sini, sepupu saya memberi cadangan agar kami menghangat badan dengan menggunakan botol air diisi air panas.

Pada pukul 2 pagi, kami meneruskan pendakian ke puncak dan tiba di destinasi pada pukul 7 pagi.

Setiba di puncak, baru saya rasa semua kesukaran yang dialami sepanjang pendakian berbaloi.

Segala wang yang dikeluarkan dan masa dihabiskan sepanjang persediaan untuk mendaki semuanya ‘terbayar’ dengan panorama Gunung Kinabalu cukup memukau.

Berada di puncak pada ketinggian 4,095.2 meter dari aras laut, saya boleh katakan, saya sudah tawan Gunung Kinabalu!

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI