fbpx

Tindakan Mohd. Azizi sokong Anwar kecewakan pengundi di Gua Musang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Syahbuddin (gambar kecil) menyifatkan tindakan Mohd. Azizi itu telah mengecewakan sebahagian besar pengundi Gua Musang.

GUA MUSANG – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Galas, Mohd. Syahbuddin Hashim terkejut dengan tindakan Ahli Parlimen Gua Musang, Mohd. Azizi Abu Naim yang mengumumkan sokongan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam.

Mohd. Syahbuddin berkata, tindakan Mohd. Azizi itu dilihat mengecewakan sebahagian besar pengundi yang mengharapkan beliau kekal berprinsip bersama dengan Perikatan Nasional (PN).

Katanya, beliau juga tidak menyangka Mohd. Azizi menjadi Ahli Parlimen ketiga daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) selepas Ahli Parlimen Kuala Kangsar, Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid dan Ahli Parlimen Labuan, Datuk Dr. Suhaili Abdul Rahman memulakan langkah terbabit.

“Bagaimanapun, saya mengucapkan terima kasih kerana beliau memilih untuk meletakkan kepentingan rakyat Gua Musang sebagai pilihan utama beliau menyokong kepimpinan Perdana Menteri.

“Saya berharap hasrat yang dinyatakan oleh beliau benar-benar dilaksanakan kepada rakyat. Sudah setahun beliau menjadi Ahli Parlimen Gua Musang, tetapi arah usaha di lapangan masih kurang menyerlah,” katanya kepada pemberita hari ini.

Sementara itu, usaha mendapatkan maklum balas daripada Ahli Parlimen Gua Musang itu sejak malam tadi masih gagal apabila panggilan dan mesej melalui aplikasi WhatsApp tidak berbalas.

Kosmo! Online semalam melaporkan, Mohd. Azizi yang merupakan Ketua Bersatu Bahagian Gua Musang daripada gabungan Perikatan Nasional (PN) mengumumkan memberi sokongan penuh kepada kepimpinan Perdana Menteri bertujuan untuk memastikan kebajikan penduduk di Parlimen Gua Musang terbela. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI