fbpx

Reman usahawan tudung bunuh rakan kongsi disambung 15 November

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Suspek (dua dari kiri) dibawa keluar dari kamar mahkamah selepas perintah reman terhadapnya dilanjutkan sehingga 15 November depan di Mahkamah Majistret Kuala Terengganu hari ini.

KUALA TERENGGANU – Suami usahawan tudung yang sebelum ini ditahan bagi membantu siasatan kes pembunuhan rakan kongsi isterinya dibebaskan dengan jaminan polis hari ini.

Mekanik berusia 37 tahun itu yang juga pemilik kereta Honda Jazz disyaki digunakan dalam jenayah tersebut sebelum ini ditahan reman selama tujuh hari bermula 2 Mac lalu bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Dalam pada itu, perintah reman isterinya yang juga suspek pertama dalam kes berkenaan dilanjutkan tujuh hari lagi sehingga 15 November depan.

Lanjutan perintah reman terhadap wanita berusia 35 tahun tersebut dibenarkan Majistret Noor Mazrinie Mahmood di Mahkamah Majistret di sini semalam.

Kosmo! 2 November lalu melaporkan mayat seorang wanita warga emas dikenali sebagai Norjihan S.A. Karim, 65, ditemui tertiarap dengan kesan 15 tikaman pada badan di dalam longkang berhampiran Pejabat Kesihatan Hulu Terengganu di sini.

Ketua Polis Terengganu, Datuk Mazli Mazlan berkata, siasatan awal percaya pesara kerajaan dilanggar suspek yang juga rakan kongsinya dengan kereta Honda Jazz sehingga tercampak ke dalam longkang sebelum ditikam dengan senjata tajam dipercayai pisau.

Beliau berkata, motif pembunuhan dipercayai disebabkan suspek tidak berpuas hati agihan keuntungan perniagaan tudung dan pakaian mereka. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI