fbpx

Konflik Palestin-Israel: Misil Israel patah balik, meletup di bandar sendiri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Peluru berpandu yang mahu disasarkan ke arah Gaza itu membuat ‘pusingan-u’ lalu jatuh di sebuah kawasan padat penduduk. - Al Mayadeen/X

TEL AVIV – Sebuah video tular di media sosial menunjukkan detik sistem pemintas peluru berpandu yang dibanggakan Israel, Kubah Besi mengalami kegagalan lalu meletup di sebuah kawasan perumahan di selatan Tel Aviv.

Laman berita Al Mayadeen melaporkan, peluru berpandu yang disasarkan ke arah Gaza itu membuat ‘pusingan-u’ lalu jatuh di sebuah kawasan padat penduduk, Rishon LeZion kelmarin.

Menurut wartawan stesen penyiaran Al-Jazeera, satu daripada peluru berpandu tersebut jatuh di atas jalan, yang menyebabkan berlakunya kebakaran kecil.

Pihak berkuasa Israel bagaimanapun berkata, tiada kerosakan ke atas bangunan atau kemalangan jiwa dalam insiden itu. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI