fbpx

Anwar lancar RFC ke-26, imbau pelancaran sulung pada 1997

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar bersalaman dengan peserta RFC ketika hadir pada Majlis Pelancaran Pra-Pelancaran Rainforest Challenge (RFC) di Dataran Putra hari ini. - Foto oleh FAISOL MUSTAFA

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menyempurnakan Majlis Pra-Pelancaran Rainforest Challenge (RFC) Grand Final 2023 di Dataran Putra, di sini.

Anwar tiba di Dataran Putra kira-kira jam 5.20 petang sebelum disambut oleh Pengasas dan Pengarah Rainforest Challenge & Rainforest Global Series, Luis J.A. Wee.

Perdana Menteri turut melepaskan 20 jentera pacuan empat roda termasuk berkesempatan menyantuni peserta, pegawai pengiring dan urusetia RFC di lokasi pelepasan biarpun dalam cuaca hujan.

Lebih unik, pelepasan edisi RFC ke 26 kali ini mengimbau kembali pelancaran edisi sulung RFC yang mana ketika itu dilancarkan oleh Anwar pada tahun 1997 di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur.

Bagi edisi kali ini, RFC Grand Final akan disertai 300 peserta dan mereka akan berkampung di Perak bermula 1 hingga 11 Disember ini.

RFC kali ini akan membabitkan laluan hutan dan kawasan pedalaman di Sungai Siput, Kuala Kangsar, Lenggong dan Gerik sebelum kembali ke Ipoh untuk majlis penutup pada 11 Disember. – KOSMO! ONLINE

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, X (Twitter), Instagram, Youtube, & TikTok

TERKINI