fbpx

Wanita ‘segak’ kahwini 4 suami

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Zhou mengupah pelakon untuk memainkan watak keluarga dan rakannya. - Oddity Central

BEIJING – Seorang wanita di China didakwa kerana  jenayah penipuan selepas memperdayakan tiga lelaki dan mengahwini mereka walaupun dia sudah bersuami, lapor laman berita Oddity Central.

Wanita dikenali sebagai Zhou dan berumur 35 tahun itu sudah berkahwin dan mempunyai seorang anak ketika dia mula bercinta dengan lelaki lain. 

Disebabkan suaminya sentiasa sibuk bekerja dan tidak memberi perhatian, Zhou mula mencari suami baharu beberapa tahun lalu. Dia berjaya memikat tiga lelaki lain dengan wajahnya yang cantik. 

Zhou bercinta dengan mereka secara bergilir dan berjaya meluangkan masa tanpa menimbulkan syak wasangka suaminya. Dia pandai berpura-pura dan akhirnya berjaya memujuk mereka untuk berkahwin.

Dia nekad mengadakan majlis perkahwinan untuk mengutip hadiah dan wang daripada tetamu. Wanita itu berusaha keras untuk memastikan majlis perkahwinannya berjalan lancar dengan mengupah pelakon menjadi keluarga dan rakan-rakannya.

Rancangan Zhou gagal tahun lalu apabila dia cuba meminta lebih banyak wang daripada salah seorang suami tambahannya yang bernama Zhang selepas memberitahu bahawa dia mengandung anak kembar mereka.

Zhou mengupah pelakon untuk memainkan watak sebagai doktor yang melahirkan anak kembarnya. Namun, Zhang yang melawat Zhou bersama ibunya curiga apabila dokor lelaki itu tidak dapat menjawab soalannya. 

Zhang akhirnya memeriksa latar belakang Zhou dan terkejut apabila mengetahui bahawa wanita itu sudah berkahwin secara sah. Selepas penipuan Zhou terbongkar, Zhang menceraikannya pada April lalu. 

Zhou kini berdepan hukuman penjara sekurang-kurangnya selama 10 tahun selepas siasatan mendedahkan bahawa dia menipu wang tiga suaminya sebanyak 660,000 yuan (RM422,730). – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI