fbpx

Jurulatih taekwando cabul kanak-kanak disambung reman tiga hari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

SHAH ALAM – Seorang jurulatih seni mempertahanakan diri taekwando yang ditahan selepas mencabul empat kanak-kanak perempuan sebelum ini disambung reman selama tiga hari lagi.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd. Iqbal Ibrahim berkata, sambungan reman terhadap suspek lelaki berusia 20 tahun itu dibenarkan Mahkamah Majistret di sini.

Katanya, suspek sebelum ini direman empat hari bermula Jumaat lalu hingga hari ini.

“Reman disambung selama tiga hari bermula hari ini hingga Khamis ini,” katanya ringkas ketika dihubungi hari ini.

Kosmo! sebelum ini melaporkan, pengajar seni mempertahankan diri ditahan pukul 4 petang Khamis lalu di sebuah pasar raya di daerah ini selepas menerima laporan daripada ibu seorang kanak-kanak perempuan berusia 9 tahun.

Polis turut menerima tiga lagi laporan daripada tiga mangsa yang berbeza dan kesemua kanak-kanak perempuan itu berusia antara 7 hingga 9 tahun.

Kesemua kejadian cabul itu berlaku sekitar September hingga Oktober tahun lalu dengan kes disiasat mengikut Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI