fbpx

Masih suami isteri atau cerai? Syamsul, Ira patut jawab

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEJAK tercetus spekulasi perceraian, Syamsul dan Ira masih menghilang dan berdiam tanpa sebarang isyarata tentang status perkahwinan mereka.

MINGGU ini, termometer dunia hiburan tanah air kembali hangat apabila rumah tangga pengarah dan pelakon Syamsul Yusof dengan Ira Kazar kembali menjadi sorotan ramai selepas muncul dakwaan kononnya sudah bercerai.

Seperti tidak berkesudahan, sejak mendirikan rumah tangga di Thailand sekitar Januari lalu, nama Syamsul tidak pernah sepi.

Baru tutup buku cerita perceraian dengan Puteri Sarah Liyana, muncul pula gosip cinta dengan anak pemilik syarikat automotif. Bertalu-talu dugaan yang perlu dihadap Syamsul ketika ini.

Kini, cerita perceraian dengan Ira pula yang sibuk menjadi buah mulut dan dikorek ramai. Orang kata, kalau tiada angin, masakan pokok boleh bergoyang.

Kunci mulut

Meskipun diasak dari pelbagai penjuru, pasangan suami isteri itu mengambil pendekatan mengunci diri daripada memberi sebarang penjelasan berhubung khabar angin yang sehingga hari ini masih bertiup kencang.

Baik Syamsul mahupun Ira, akaun media sosial mereka sepi daripada sebarang hantaran terbaharu.

Ira atau nama penuhnya Faghirah Fatini Kazaruddin yang sebelum ini rancak berkongsi pelbagai resipi sehingga menjadi ikutan ramai juga hilang daripada radar.

Kali terakhir dia berkongsi video dalam akaun TikTok adalah pada 14 Oktober lalu, selain menutup ruangan komen hantaran Instagram.

Sementara, Syamsul pula yang aktif berkongsi solidariti terhadap Palaestin dan dua anaknya iaitu Syaikhul Islam serta Sumayyah juga ‘ghaib’ tanpa khabar selepas muncul dakwaan berkenaan.

Disebabkan hal sama, akaun media sosial bekas isterinya, Puteri Sarah Liyana pula diserang netizen untuk mendapatkan kepastian berhubung khabar angin tersebut.

Namun, Puteri Sarah kali ini turut berdiam diri tanpa mengeluarkan kenyataan mengiya atau menidakkan.

Apabila muncul kisah cerai sebegini, tidak lengkap kronologi sekiranya tiada sebarang kenyataan daripada ahli keluarga kedua-dua belah pihak.

Pelakon senior, Kazar yang merupakan bapa Ira tidak mengetahui mengenai khabar angin tersebut selain menganggap netizen sengaja mereka-reka cerita.

“Saya tidak tahu dan netizen tiada kerja,” katanya.

Bapa kepada Syamsul pula, Datuk Yusof Haslam pula enggan memberi sebarang komen lanjut kerana bimbang mengeruhkan lagi keadaan.

“Saya sendiri pun sudah terputus hubungan (tidak berjumpa Syamsul), jadi saya tidak tahu.

“Tidak boleh beri komen, takut nanti tersalah cakap. Tak bagus pula dan akan memburukkan lagi keadaan,” ujarnya.

Paling menghangatkan keadaan ialah ibu Syamsul, Datin Patimah Ismail enggan mengambil tahu mengenai Ira yang dilabel sebagai isteri tidak berdaftar.

“Apa yang saya tahu, menantu saya adalah Puteri Sarah Liyana tetapi mereka sudah berpisah.

“Setiap perkara yang berlaku seterusnya saya tidak tahu. Bagi saya, dia ‘isteri tidak berdaftar’,” ulasnya ringkas tetapi ‘pedas’.

Masih bahagia?

Bukan ahli keluarga, baru-baru ini muncul kenyataan daripada isteri kepada pelakon Azlan Komeng iaitu Nur Nilam Ortiz memberitahu pasangan itu tidak bercerai seperti yang didakwa ramai.

Katanya, mereka memilih untuk tidak berkongsi kepada umum kebahagiaan yang dikecapi ketika ini.

Orang lain yang diharap buka mulut, orang lain pula memberi kenyataan berkaitan isu tersebut.

Sehingga hari ini, dakwaan perceraian Ira dan Syamsul masih tergantung selagi kedua-dua mereka tidak membuka mulut.

Semoga Syamsul terbuka hati untuk membuang keruh di dada media dan segera membawa penjelasan dan bantu kurangkan kecaman yang bertalu-talu menghambat Ira ketika ini. Ramai juga yang sudah merindui resipi terbaharunya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI