fbpx

243 notis saman dikeluarkan JPJ Negeri Sembilan dalam Operasi Pengarah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota JPJ membuat pemeriksaan ke atas pelbagai kenderaan di Plaza Tol Nilai dan Plaza Tol Setul Lebuh Raya Kajang - Seremban (LEKAS) malam semalam.

SEREMBAN – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Sembilan telah mengeluarkan 243 notis saman ke atas motosikal dan kenderaan barangan sepanjang Operasi Pengarah di Plaza Tol Nilai dan Plaza Tol Setul Lebuh Raya Kajang – Seremban (LEKAS) di sini malam semalam.

Pengarah JPJ Negeri Sembilan, Hanif Yusabra Yusuf berkata, operasi yang bermula pukul 8 malam hingga 11.30 malam itu melibatkan seramai 41 anggota penguatkuasa dengan kerjasama Jabatan Siasatan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Ibu Pejabat Polis Daerah Nilai dan Jabatan Alam Sekitar (JAS).

“Operasi ini menumpukan kepada kenderaan barangan dan juga motosikal yang gagal mematuhi peraturan yang ditetapkan di bawah Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 dan Kaedah-Kaedah di bawahnya serta Akta Pengangkutan Awam Darat (APAD) 2010.

“Sebanyak 1,972 kenderaan telah diperiksa dengan sejumlah 165 buah daripadanya telah diambil tindakan atas pelbagai kesalahan,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Menurut Hanif Yusabra, daripada pemeriksaan itu, pihak JPJ telah mengeluarkan sebanyak 243 notis saman dengan 12 buah motosikal telah disita.

“Daripada jumlah keseluruhan, 165 adalah saman melibatkan motosikal dan 78 saman melibatkan kenderaan barangan.

“Pecahan saman bagi kategori pelesenan pemandu adalah tertinggi iaitu sebanyak 117 saman, diikuti kategori pelesenan kenderaan iaitu sebanyak 62 saman,” katanya.

Beliau berkata, dalam penguatkuasaan itu, pihak JSPT turut mengeluarkan sebanyak 23 saman dan JAS mengeluarkan sebanyak tiga notis pemeriksaan asap kenderaan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI