fbpx

Elak pakai telekung bonceng motosikal, risiko kemalangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Poster perkongsian PHM di Facebook hari ini.

PETALING JAYA – Orang ramai dinasihatkan untuk tidak memakai telekung mahupun berpakaian labuh sewaktu membonceng motosikal.

Nasihat khidmat masyarakat itu diberikan oleh Public Health Malaysia (PHM) menerusi hantaran terbaharu di Facebooknya hari ini.

Katanya, tiga risiko utama yang boleh berlaku adalah kain lebihan pakaian tersebut akan tersangkut pada bahagian motosikal sama ada di tayar belakang atau rantai.

Selain itu, ia boleh menyebabkan penunggang dan pembonceng terjatuh dan motosikal yang ditunggang terbabas sehingga mengancam nyawa.

“Untuk keselamatan, pakai seluar di bahagian dalam dan pastikan telekung di tarik ke bahu sebelum motorsikal bergerak,” pesannya.

Terdahulu, Kosmo! melaporkan seorang lelaki maut manakala isterinya parah selepas telekung dipakai wanita terbabit tersangkut di tayar motosikal yang dinaiki mereka yang kemudiannya mengakibatkan kenderaan itu hilang kawalan dan terbabas dalam kejadian di Jalan Juasseh Terusan Seberang di Kuala Pilah, Negeri Sembilan petang semalam. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI