fbpx

2,272 kes demam denggi dilaporkan, tiada kematian dicatatkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PUTRAJAYA – Jumlah kes demam denggi bagi Minggu Epidemiologi ke-43 dilaporkan sebanyak 2,272 berbanding 2,262 kes pada minggu sebelumnya iaitu menyaksikan peningkatan sebanyak 10 kes atau 0.4 peratus.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Muhammad Radzi Abu Hassan berkata, pada masa sama, tiada kematian dilaporkan akibat komplikasi demam denggi pada minggu terbabit.

“Kumulatif kes demam denggi dilaporkan sehingga Minggu Epidemiologi ke- 43 adalah sebanyak 98,715 berbanding 49,569 kes bagi tempoh sama tahun 2022, iaitu peningkatan sebanyak 49,146.

“Manakala sejumlah 73 kematian akibat komplikasi demam denggi telah dilaporkan berbanding 33 kematian bagi tempoh yang sama pada tahun 2022,” katanya dalam satu kenyataan di sini tadi.

Menurutnya, bilangan lokaliti hotspot yang dilaporkan pada Minggu Epidemiologi ke-43 adalah sebanyak 68 berbanding 73 lokaliti pada minggu sebelumnya.

“Daripada 68 lokaliti dilaporkan, 49 lokaliti di Selangor, sembilan di Kuala Lumpur dan Putrajaya selain enam di Perak dan masing-masing satu di Pulau Pinang, Negeri Sembilan, Pahang serta Sarawak.

“Bagi survelan chikungunya pula, sebanyak empat kes direkodkan pada Minggu Epidemiologi ke-43. Jumlah kumulatif kes chikungunya sehingga kini adalah 181 kes,” katanya.

Mengulas mengenai survelan zika, Dr. Muhammad Radzi berkata, sebanyak 2,982 sampel darah dan 301 sampel urin telah dijalankan saringan dan hasilnya adalah negatif.

“Sehingga kini sebanyak 31 lokaliti pelepasan nyamuk Aedes berWolbachia turut beroperasi di Semenanjung Malaysia terutamanya di lokaliti dengan beban kes denggi yang tinggi.

“Setelah lebih tiga tahun pelaksanaan, peratus keberhasilan bagi lokaliti yang telah melaksanakan operasi ini menunjukkan tren penurunan dalam bilangan kes denggi di antara 33 hingga 100 peratus,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI