fbpx

Konflik Palestin-Israel tidak jejas keselamatan jemaah tunai ibadah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Lembaga Tabung Haji (TH) sentiasa komited dalam memastikan keselamatan jemaah haji walaupun ketika konflik Palestin-Israel dilihat semakin meruncing.

Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Mohd. Na’im Mokhtar, TH memberi jaminan konflik tersebut tidak akan menjejaskan persediaan untuk musim haji tahun hadapan.

“Persediaan untuk musim haji sudahpun bermula dan diteruskan seperti biasa walaupun ketika berlakunya konflik tersebut.

“TH memberi jaminan, 31,600 jemaah haji ini insya-Allah akan menunaikan haji. Bagaimanapun, kita tetap tertakluk pada panduan dan nasihat daripada Kementerian Luar Negeri dan Kementerian Haji Arab Saudi.

“Mereka yang akan menentukan. Oleh itu, apa sahaja arahan atau panduan daripada mereka akan dipatuhi oleh TH,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui di Majlis Penghargaan TH kepada Jemaah Haji 144H/2023M di Menara TH Tun Razak, di sini, hari ini.

Tambah Mohd. Na’im, isu keselamatan para jemaah sudah lama menjadi keutamaan pihak TH dan juga kerajaan Arab Saudi.

“Dari segi keselamatan, TH dan kerajaan Arab Saudi sudah menyediakan insurans dan takaful sejurus selepas jemaah haji terima visa.

“Diharapkan dengan jaminan ini, jemaah haji lebih tenang untuk menunaikan ibadah,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI