fbpx

Bekas CEO GLC ditahan tipu nilai beli kenderaan lupus

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Suspek yang berusia 46 tahun ditahan di pejabat SPRM Melaka, petang tadi.

MELAKA – Seorang bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) sebuah syarikat berkaitan kerajaan (GLC) ditahan selepas disyaki terlibat dalam penipuan penilaian harga dua buah kenderaan lupus, hari ini.

Pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuan Malaysia (SPRM) Melaka, Mohd. Shahril Che Saad berkata, suspek berusia 46 tahun itu ditahan di pejabat SPRM selepas hadir memberi keterangan pukul 2.15 petang tadi.

Katanya, hasil siasatan suspek disyaki mengemukakan dokumen yang mengandungi butir matan palsu iaitu Surat Penilaian Harga Kenderaan daripada Jabatan Kerja Raya Negeri Melaka bertarikh 19 April 2021 melalui Resolusi Pekeliling bertarikh 26 Mei 2021.

“Penilaian itu adalah bagi dua buah kenderaan iaitu Toyota Fortuna 2.5G dan Toyota Hilux 2.5G untuk tujuan pelupusan yang mana harga dinyatakan adalah lebih rendah daripada nilai sebenar yang dikeluarkan oleh Jabatan Kerja Raya Negeri Melaka.

“Ia bagi mengelirukan ahli lembaga syarikat berkaitan yang akhirnya memberi faedah kepada suspek dengan cara membeli kenderaan tersebut pada harga yang lebih rendah,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tambahnya, suspek akan dituduh di Mahkamah SPRM esok mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009 dan Seksyen 471 Kanun Keseksaan kerana memalsukan dokumen. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI