fbpx

200 murid solat hajat mohon konflik Israel-Palestin segera berakhir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
RATUSAN murid SK Guar Jentik menunaikan solat hajat memohon konflik Israel-Palestin segera berakhir hari ini.

PADANG BESAR – Kesengsaraan dan penderitaan penduduk Palestin turut mendapat perhatian murid sekolah rendah luar bandar di negeri ini yang mengadakan solat hajat memohon agar konflik itu segera berakhir.

Ketua Panitia Pendidikan Islam SK Guar Jentik, Mohd. Ansari Ahmad, berkata, lebih 200 warga Sekolah Kebangsaan (SK) Guar Jentik di sini berkumpul dan melaksanakan solat hajat dan bacaan surah Yassin agar penderitaan dialami rakyat Palestin berakhir.

“Hampir kesemua murid beragama Islam di SK Guar Jentik dari tahun satu hingga enam termasuk ibu bapa dan guru turut serta menunaikan solat hajat yang dipimpin Guru Penolong Kanan Kokurikulum, Abdul Razak Husin.

MURID turut mengenakan solekan khas menggambarkan kesengsaraan dialami kanak-kanak Palestin hari ini.

“Tujuan kami mengadakan solat hajat adalah untuk memohon kepada Allah agar dikekalkan keselamatan serta keamanan semua penduduk dunia selain penderitaan dialami khususnya konflik berdarah yang sedang menimpa penduduk Palestin sekarang segera berakhir,” katanya ketika ditemui di sini sekolah tersebut di sini hari ini.

Tambahnya, SK Guar Jentik turut menganjurkan pameran mengenai peperangan Israel-Palestin, kuiz untuk menguji pengetahuan murid-murid, persembahan, nyanyian bertemakan kemanusiaan dan pelbagai aktiviti lain. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI