fbpx

Kampung Jawa Perai dilanda banjir kilat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan terkini banjir kilat di Kampung Jawa, Jalan Baru Perai.

SEBERANG PERAI – Lebih 10 buah rumah di Kampung Jawa, Jalan Baru Perai di sini dilanda banjir kilat selepas hujan lebat turun sejak pukul 12 tengah hari tadi.

Ketika ini, air mula naik sehingga ke paras lutut dan penduduk dikatakan masih berada di dalam kediaman masing-masing.

Seorang penduduk, Muhamad Nor Hafiz, 37, berkata, kediaman mereka mula ditenggelami air kira-kira pukul 2 petang tadi, selepas dua jam hujan lebat turun tanpa henti.

“Masing-masing kami termasuk kanak-kanak kecil kini berada di dalam rumah selain ada yang saling membantu mengalihkan perabot dan peralatan elektrik di rumah jiran yang memerlukan.

“Ketika ini (pukul 4.35 petang) hujan masih lebat, kami bimbang segala kemungkinan boleh berlaku,” katanya belum ada sebarang bantuan penyelamatan dilakukan setakat ini. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI