fbpx

‘Jiran dari nereka’ lempar bangkai, najis ke rumah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Seorang ustaz mendedahkan bahawa salah seorang pesakit wanita yang dirawatnya mempunyai jiran bersikap biadab sehingga sanggup melempar bangkai dan najis kucing ke rumahnya gara-gara dendam.

Menerusi perkongsian di media sosial Ustad Hasnan, individu tersebut dipercayai sering mengganggu pesakitnya sejak dua tahun lalu.

“Depan rumah parkir luas boleh muat lima buah kereta. Jiran sebelah nak juga parkir depan rumah akak ini.

“Dua tahun keadaan sama, sampaikan akak ini terpaksa parkir kereta jauh dari rumah. Mengalah sebab jiran sebelah muka ketat jenis tak bercampur orang,” katanya.

Menurut Hasnan, jiran pesakitnya itu juga pernah bertindak melampaui batas menyebabkan hubungan antara kedua-dua mereka menjadi lebih tegang.

“Ada sekali itu, dia parkir betul-betul rapat sehingga nak buka pagar pun tak boleh. Akak ini bagitahu elok-elok alihkan kereta, boleh pula dia tengking balik.

“Akak ini pun jadi berang dan bermulalah kes dendam. Jiran dia juga lempar air kencing, bangkai dan najis kucing.

“Sekarang, akak ini sakit secara tiba-tiba. Akak ini tak mahu tuduh sesiapa kerana tiada bukti tetapi semua itu berlaku sebelum akak ini sakit,” jelasnya.

Sehubungan itu, rata-rata berkongsi pengalaman sama dan menyatakan bahawa hidup berjiran di kawasan taman tidaklah mudah seperti yang disangka.

“Memang ada jenis jiran macam itu, kawasan rumah dia letak pasu bunga dan parkir kereta dekat rumah orang lain,” kata Ismi.

“Saya percaya sebab saya pernah kena sihir dengan jiran. depan mata saya dia tabur beras kuning dengan cili. Sejak daripada itu, kami sekeluarga kena gangguan,” ujar Hanis.

“Memang wujud jiran macam ini. Semoga cepat sembuh dan pulih serta dipermudah segala urusan dan sentiasa dilindungi Allah SWT,” jelas Nora. – KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI