fbpx

Mahkamah: Bos 82 tahun didakwa raba pekerja dalam pejabat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SING KUP diiringi anggota polis selepas dihadapkan ke Mahkamah Majistret Melaka, hari ini. - Foto oleh SYAFEEQ AHMAD/ KOSMO!

MELAKA – Seorang majikan warga emas berdepan hukuman penjara 10 tahun selepas didakwa di Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas pertuduhan mencabul pekerja wanita, September lalu.

Tertuduh, Liang Sing Kup, 82, bagaimanapun mengaku tidak bersalah sejurus pertuduhan terhadapnya dibacakan oleh jurubahasa mahkamah di hadapan Majistret Khairunnisak Hasni.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa telah menggunakan kekerasan jenayah terhadap mangsa yang berusia 50 tahun dengan cara meraba tangan, memeluk badan serta memegang kepala dengan niat hendak mencabul kehormatannya.

Perbuatan itu dilakukan kira-kira pukul 3.50 petang di bilik pejabat majikan di sebuah premis syarikat di Jalan Merdeka, Taman Melaka Raya dalam daerah Melaka Tengah pada 11 September lalu.

Sabit kesalahan tertuduh boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 10 tahun atau denda atau sebat atau mana-mana dua daripada hukuman itu mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan.

Terdahulu, pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Wardah Ishhar, manakala tertuduh yang diwakili Peguam A. Renganathan Abdullah.

Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM3,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan tarikh 7 Disember depan sebagai sebutan semula kes. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI